Meet Your Dr Marissa
Dr Rushmini Marisa adalah:
- Doktor Pakar Penegangan Wajah (LiftUp Specialist)
- Doktor Pakar Estetik Berpengalaman
- Mempunyai Klinik Antiageing
- Mempunyai Spa Antiageing (Marissa Aesthetic) > 10 cawangan di seluruh Malaysia
Marissa Aesthetic diasaskan oleh Dr Rushmini Marissa. Beliau merupakan seorang doktor yang berkelulusan dari Kolej Perubatan Kasturba, India.
Berasaskan minat yang mendalam di dalam bidang aesthetic dan perubatan anti-penuaan beliau menyambung pelajaran ke peringkat Masters dan berjaya mendapat Ijazah Master Anti-Aging & Regenerative Medicine di UCSI, KL. Beliau juga mendapat persijilan dari universiti dan pusat latihan di Germany, Bulgaria, Bangkok dan Singapura.
Dr. Rushmini Maris sering dijemput untuk memberi ceramah kesihatan dan kecantikan di organisasi-organisasi kerajaan dan juga swasta antaranya Malaysia Airlines (MAS), Persatuan-Persatuan, dan juga Universiti-universiti tempatan. Selain itu, beliau juga sering dijemput sebagai penceramah tetap di Radio KL pada setiap hari Khamis, dan beberapa kali dijemput sebagai tetamu jemputan WHI di TV3, SOAL WANITA di TV Al-Hijrah dan FEMINA di TV1. Beliau juga sering diundang oleh radio TV Bernama. Selain itu, beliau turut terlibat dalam memformulasikan produk – produk terbaik Marissa.
Menurut beliau seorang doktor adalah seorang guru dan sahabat kepada semua. Oleh itu, beliau sentiasa berkongsi ilmu dengan semua lapisan masyarakat khususnya wanita yang ingin kelihatan muda dan jelita tidak mengira usia.