Jangkitan Salur Kencing

Assalammuaikum saya Izzati , berasal dari Johor. Sejak kebelakangan ini saya sering mengalami masalah sukar untuk kencing dengan puas atau erti kata lain jangkitan salur kencing. Saya nak tahu tanda- tanda, bagaimana cara jangkitan berlaku,rawatan dan cara mencegah.

 

TANDA-TANDA 

  • Kencing kerap. 
  • Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing. 
  • Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing. Rasa sakit di bahagian bawah abdomen. 
  • Kencing berdarah atau kencing berbau. 
  • Demam sederhana. 
  • Demam yang tinggi serta rasa sejuk dan mnggigil. 
  • Sakit di bahagian belakang pinggang. 

BAGAIMANA CARA KUMAN MEMASUKI PUNDI KENCING 

  • Pencemaran bacteria berlaku dikalangan perempuan semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar. 
  • Bacteria dalam faraj(vagina)mungkin akan naik ke pundi kencing semasa hubungan kelamin. 

RAWATAN 

  • Makan ubat antibiotik untuk membunuh kuman. Pastikan habis rawatan antibiotik seperti diarahkan doctor. 

BAGAIMANA CARA MENCEGAH 

  • Bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda. 
  • Keraplah minum air suam setiap hati. 
  • Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali membuang air. 
  • Tukar tampon dan tuala wanita dengan kerap semasa dating haid. 
  • Jangan guna seluar jenis nilon. 
  • Jangan guna spray kebersihan wanita atau ‘duche’ kerana produk boleh merengsakan uretra. 
  • Pergi ke tandas setiap kali rasa hendak membuang air.
Scroll to Top