Assalammuaikum saya Izzati , berasal dari Johor. Sejak kebelakangan ini saya sering mengalami masalah sukar untuk kencing dengan puas atau erti kata lain jangkitan salur kencing. Saya nak tahu tanda- tanda, bagaimana cara jangkitan berlaku,rawatan dan cara mencegah.
TANDA-TANDA
- Kencing kerap.
- Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing.
- Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing. Rasa sakit di bahagian bawah abdomen.
- Kencing berdarah atau kencing berbau.
- Demam sederhana.
- Demam yang tinggi serta rasa sejuk dan mnggigil.
- Sakit di bahagian belakang pinggang.
BAGAIMANA CARA KUMAN MEMASUKI PUNDI KENCING
- Pencemaran bacteria berlaku dikalangan perempuan semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar.
- Bacteria dalam faraj(vagina)mungkin akan naik ke pundi kencing semasa hubungan kelamin.
RAWATAN
- Makan ubat antibiotik untuk membunuh kuman. Pastikan habis rawatan antibiotik seperti diarahkan doctor.
BAGAIMANA CARA MENCEGAH
- Bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda.
- Keraplah minum air suam setiap hati.
- Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali membuang air.
- Tukar tampon dan tuala wanita dengan kerap semasa dating haid.
- Jangan guna seluar jenis nilon.
- Jangan guna spray kebersihan wanita atau ‘duche’ kerana produk boleh merengsakan uretra.
- Pergi ke tandas setiap kali rasa hendak membuang air.