Hidung Berdarah

Tiba-tiba sahaja hidung keluar darah masa nak pergi kerja.. Rasa pening sebab darah keluar banyak.. Apakah sebabnya terjadi hidung berdarah ni dan rawatannya?? Mila, Selangor.

 

JAWAPAN : 

►Hidung berdarah berlaku kerana kedudukan saluran darah yang begitu hampir dengan permukaan. ►Hidung berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang ini. ►Berlaku akibat kepanasan atau kecederaan kepala mungkin diikuti simptom seperti rasa mengantuk, muntah-muntah dan sakit kepala. ►Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. ►Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah. ►Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan pendarahan seperti aspirin atau anti radang. ►Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah. 

HIDUNG BERDARAH TERJADI APABILA ? 

►Alahan ►Menghembus nafas terlalu kuat ►Selsema ►Tekanan darah tinggi ►Mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung ►Suhu dalam badan terlalu tinggi 

CARA MERAWAT : 

►Picit bahagian bawah hidung ►Bernafas melalui mulut ►Mendongak dengan kepala menegak ►Picit hidung sekurang-kurangnya lima ke sepuluh minit ►Jangan baring! Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan ►Letak tuala berisi ais di hidung dan juga pipi 

JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA JIKA : 

►Hidung masih berdarah dan tidak berhenti ►Berasa hendak pitam atau pengsan ►Pendarahan hidung terjadi sebaik saja berlaku trauma di kepala ►Di sebabkan hidung yang patah ►Pendarahan mengalir laju atau kehilangan banyak darah

Scroll to Top